Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBerita11 bayi baharu lahir maut dalam kebakaran hospital di Senegal

11 bayi baharu lahir maut dalam kebakaran hospital di Senegal

DOUALA (Cameroon), 26 Mei (Bernama) — Sebelas bayi baru lahir maut dalam kebakaran di unit neonatal sebuah hospital di bandar Tivaouane, barat Senegal.

“Saya amat sedih dengan insiden kebakaran di jabatan neonatal di Hospital Mame Abdou Aziz Sy Dabakh di Tivaouane yang meragut nyawa 11 bayi. Kepada ibu dan keluarga mangsa saya amat bersimpati,” kata Presiden Senegal, Macky Sall di Twitter, lapor Agensi Anadolu.

Kebakaran dikatakan berpunca akibat litar pintas, menurut Datuk Bandar Tivaouane, Diop Sy.

>”Unit neonatal musnah dalam kebakaran. Tragedi itu berlaku kira-kira pukul 8 malam,” memetik laporan Dakaractu.com.

Sehubungan itu, pihak berkuasa tempatan telah pun mengaktifkan unit bencana sementara menunggu siasatan menyeluruh dibuat.

Pada April 2021 empat bayi maut dalam kebakaran di hospital bersalin di Linguere yang dipercayai berpunca daripada kerosakan elektrik unit penghawa dingin.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular