Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBerita14 murid, 1 guru maut dalam insiden tembakan di Texas, AS

14 murid, 1 guru maut dalam insiden tembakan di Texas, AS

HOUSTON, 25 Mei (Bernama) — Seorang lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah sekolah rendah di Uvalde, Texas Amerika Syarikat (AS) meragut nyawa 14 kanak-kanak dan seorang guru, kata Gabenor Texas, Greg Abbott dalam satu sidang akhbar.

Beliau berkata kejadian pada Selasa itu berlaku apabila penyerang seorang lelaki berusia 18 tahun tiba-tiba mamasuki sekolah itu dan melepaskan tembakan.

Penyerang dikenal pasti sebagai Salvador Ramos dan polis telah membunuhnya, lapor Xinhua memetik ABC.

— BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular