info@rakyat.my
Monday, June 21, 2021
Berita

204 Syarikat Pelancongan Gulung Tikar

92views

KUALA LUMPUR, 23 Nov — Sebanyak 204 syarikat berkaitan pelancongan dan perhotelan ‘gulung tikar’ sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan antara Mac hingga Oktober lalu.

Berdasarkan rekod Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), ia membabitkan 109 syarikat berkaitan penginapan dan perhotelan dan 95 syarikat berkaitan agensi pelancongan, tempahan serta aktiviti berkaitan dan ejen pelancongan.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata 77 syarikat berkaitan penginapan dan perhotelan menamatkan perniagaan, manakala 32 lagi mengalami penggantungan oleh mahkamah atau sukarela.

“Sebanyak 57 syarikat berkaitan agensi pelancongan, tempahan dan aktiviti berkaitan serta ejen pelancongan menutup perniagaan, manakala 38 lagi mengalami penggulungan oleh mahkamah atau sukarela.

“Selain itu, 135 syarikat pengusahaan pelancongan memohon lesen baharu dan diluluskan, antara Mac hingga 31 Oktober lalu,” katanya pada sesi lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Datuk Ahmad Jazlan Yaakub (BN-Machang) mengenai jumlah hotel dan syarikat pelancongan gulung tikar sejak pelaksanaan PKP.

Source Link