info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

28 raifal dilaporkan hilang dari depoh senjata di Narathiwat

96views

NARATHIWAT, 25 Mei  — Sebanyak 28 raifal jenis AK-102 dilaporkan hilang dari depoh senjata di wilayah Narathiwat, selatan Thailand.

Ketua Polis Daerah Mueang, Supakorn Phuengros sudah melaporkan mengenai kehilangan senjata di kem pertahanan di Mueang, Pattani itu kepada Ketua Polis Negara Suwat Jangyosuk dan pegawai atasan yang lain.

Dalam satu surat rasmi, beliau berkata senjata itu didapati hilang pada 18 Mei.

Sementara itu pada sidang media di Kem Sirindhorn, Pattani hari ini wakil jurucakap Keselamatan Dalam Negeri tentera Thailand Kolonel Watcharakorn Onngern berkata sebuah jawatankuasa khas yang mejalankan pemeriksaan mendapati senjata itu sudah hilang sejak beberapa tahun lalu.

Panglima Keempat Tentera Darat Leftenan Jeneral Kriangkrai Sirak pula berkata polis telah membuka kertas siasatan dan pihak berkuasa yang relevan sedang mengumpulkan bukti.

Sejak 2004 tentera telah terbabit dalam konflik di selatan Thailand yang setakat ini sudah  meragut lebih 7,000 nyawa.

— BERNAMA

Source link