30 anak anggota TLDM terima sumbangan program ‘Kembali Ke Sekolah’ Menteri

Mohamad Hasan yang juga Timbalan Presiden Umno Malaysia itu turut meninjau keadaan Rumah Keluarga TLDM di Lumut.

LUMUT, 10 Jan. – Seramai 30 pelajar dari keluarga anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terpilih menerima bantuan sumbangan program ‘Kembali Ke Sekolah’ berupa beg sekolah dan alat tulis daripada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.

Majlis sumbangan bantuan itu dilangsungkan serentak dengan Program Tinjauan Rumah Keluarga TLDM dekat Lumut pada pada 10 Januari 2023.

“Tinjauan Rumah Kelarga TLDM merupakan salah satu insiatif di bawah agenda Perumahan Kementerian Pertahanan (MINDEF),” jelasnya yang juga Ahli Parlimen Rembau dalam majlis tersebut.

SALAH seorang pelajar sekolah menerima sumbangan bantuan berkaitan daripada Menteri di sini.

Pada 5 Januari lepas, Mohamad yang juga Timbalan Presiden Umno Malaysia berkata beliau melalui MINDEF akan melaksanakan polisi Peluang Kerjaya Kedua dan Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM demi memperkasa program pembangunan sosioekonomi veteran tentera serta membantu hidup mereka.

~ Penarangan Umno Negeri Pulau Pinang

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button