info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

381 Mangsa Banjir Di Perak Berada Di Lima PPS

82views

IPOH, 12 Nov — Seramai 381 penduduk terjejas banjir di daerah Larut, Matang dan Selama kini ditempatkan di lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pukul 7 pagi ini meningkat berbanding 86 malam tadi, susulan hujan lebat sejak petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata bagi kawasan Batu Kurau, seramai 90 orang dari Kampung Sg Ara dipindahkan ke PPS di dewan kampung itu, manakala 215 penduduk dari Kampung Pantai Besar dan Kampung Jemerang Star dipindahkan ke dua PPS iaitu Dewan Orang Ramai Pantai Besar serta Sekolah Kebangsaan Pantai Besar.

Bagi kawasan Taiping, 44 mangsa dari Kampung Kampung Changkat Baru, Matang ditempatkan di Sekolah Rendah Agama Rakyat Ngah Ibrahim Al Barakah manakala 32 lagi penduduk Kampung Air Kuning kini berlindung di dewan orang ramai kampung itu.

“Meskipun hujan sudah berhenti dan banjir telah surut, namun mangsa perlu masa untuk membersihkan rumah masing-masing yang dinaiki air,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata pihak bomba juga masih melakukan pemantauan di lokasi yang terjejas dan PPS terlibat.

— BERNAMA

Source link