BeritaCOVID19

51.1 Peratus Populasi Keseluruhan Malaysia Kini Lengkap Divaksin

KUALA LUMPUR, 10 Sept — Seramai 16,680,780 individu atau 51.1 peratus populasi keseluruhan di Malaysia telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam, menurut Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV).

Melalui perkongsian infografik di laman Twitter rasminya hari ini, JKJAV memaklumkan seramai 21,080,152 individu atau 64.5 peratus daripada populasi keseluruhan pula sudah mendapat sekurang-kurangnya satu dos suntikan.

Sebanyak 322,346 dos vaksin COVID-19 yang merangkumi 133,861 dos pertama dan 188,485 dos lengkap turut diberikan semalam, menjadikan kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini sebanyak 37,714,587 dos.

PICK dilancarkan pada 24 Feb lepas bagi memberikan vaksinasi untuk membendung pandemik COVID-19 di seluruh negara.

— BERNAMA

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button