Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBerita61 mangsa banjir di Tanjung Malim ditempatkan di dua PPS malam Rabu

61 mangsa banjir di Tanjung Malim ditempatkan di dua PPS malam Rabu

IPOH, 25 Mei (Bernama) — Seramai 61 mangsa banjir dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) di Tanjung Malim malam ini berikutan beberapa kawasan dinaiki air akibat hujan lebat.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Muallim dalam kenyataannya memaklumkan dua PPS itu ialah Sekolah Agama Rakyat Kampung Rasau dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Trolak Pekan.

“Seramai 17 orang daripada lapan keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Agama Rakyat Kampung Rasau, manakala 44 orang daripada sembilan keluarga pula ditempatkan di SJKT Trolak Pekan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu menyebut banjir kilat turut melanda Felda Trolak Timur menyebabkan 15 mangsa daripada tiga keluarga terjejas, namun tiada PPS dibuka berikutan paras air telah surut.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular