info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

7,703 Kes Baharu Dilaporkan Hari Ini – KP Kesihatan

31views

KUALA LUMPUR, 2 Jun – Jumlah kes baharu COVID-19 yang dilapor hari ini tidak banyak berubah apabila mencatatkan 7,703 kes berbanding 7,105 kes semalam, dengan Selangor kekal merekodkan kes tertinggi iaitu sebanyak 2,728.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif 587,165 kes direkodkan setakat ini.

Menurut beliau, Kuala Lumpur pula mencatatkan 701 kes, Sarawak (588); Negeri Sembilan (586), Johor (554); Kelantan (541); Pulau Pinang (407); Perak (224) dan Sabah (254).

Selain itu, Melaka mencatat 209 kes; Kedah (283); Terengganu (224); Pahang (237); Labuan (159); Perlis (7); manakala di Putrajaya hanya satu kes direkodkan.

BERNAMA

Source link