Berita

AEON Credit Laksana Penyelesaian CTOS e-KYC Kepada Peniaga, Rakan Niaga

172views

KUALA LUMPUR, 14 Okt  — AEON Credit Service (M) Bhd (AEON Credit) telah mula melaksanakan penyelesaian CTOS kenali-pelanggan anda-elektronik (e-KYC) kepada pelanggannya yang melibatkan 12,000 peniaga dan rakan niaga.

Dalam kenyataan hari ini, CTOS Data Systems Sdn Bhd berkata langkah itu dijangka akan mempercepatkan penggunaan keseluruhan penyelesaian eKYC di pasaran Malaysia dan menyumbang kepada pendigitalan ekonomi.

CTOS eKYC oleh agensi laporan kredit terbesar di Malaysia adalah sistem pengesahan identiti secara digital yang membantu perniagaan mengesahkan identiti pelanggan secara jarak jauh.

“Ia menawarkan penyelesaian mengikut kesesuaian dan boleh skala serta dapat diakses oleh perniagaan sama ada di platform mudah alih atau web,” katanya.

Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan AEON Kredit, Andrew Ooi berkata syarikat itu berharap penambahbaikan dalam pengalaman pengguna dan produktiviti kepada pelanggan dan rakan niaga dengan tempoh pemprosesan yang lebih pendek menerusi penyelesaian CTOS eKYC.

Penyelesaian itu akan menjadi satu daripada perkhidmatan teknologi kewangan perintis CTOS untuk menyokong Malaysia menuju era digital baharu.

“Dengan menggabungkan teknologi terbaik dalam kelasnya di samping kebolehan menyepadukan pangkalan data laporan kredit CTOS, kami telah mewujudkan standard emas dalam penyelesaian eKYC,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Dennis Martin.

— BERNAMA

Source link