info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Perniagaan

Affin Bank Biaya Syarikat Pemula Sehingga RM300,000

96views

KUALA LUMPUR, 23 Okt — Affin Bank Berhad (Affinbank) melancarkan Skim Pembiayaan BizDana-i yang dijamin oleh Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) bernilai RM15 juta, khas untuk syarikat pemula.

Mulai 15 Oktober lalu, pemilik syarikat pemula ini boleh memohon untuk pembiayaan sehingga RM300,000 dengan pembayaran balik sehingga 84 bulan.

Skim pembiayaan Affinbank BizDana-i bertujuan khusus untuk membantu usahawan baharu yang berpotensi dengan pembiayaan seawal enam bulan beroperasi tanpa cagaran.

Inisiatif ini akan membantu meningkatkan modal kerja, mengembangkan operasi dan menyokong pertumbuhan perniagaan mereka.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Affin Bank Berhad, Datuk Wan Razly Abdullah Wan Ali berkata, pihaknya percaya setiap perniagaan yang layak harus diberi peluang untuk berkembang maju, terutama syarikat pemula.

“Walaupun terdapat banyak pembiayaan sedia ada, golongan ini kurang mendapat perhatian kerana dianggap sebagai segmen berisiko.

“Dengan proses pelegaan risiko yang bersesuaian, Affinbank akan terus berusaha untuk menjadi bank pilihan yang menawarkan sumber yang diperlukan bagi mengasuh, membangun dan berkembang secara inklusif untuk segmen ini,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Menurutnya, skim pembiayaan BizDana-i ini akan terus memperkukuhkan lagi inisiatif sedia ada yang ditawarkan Affinbank.

“Golongan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) memainkan peranan penting dalam mendorong pertumbuhan ekonomi negara.

“Selain berperanan meningkatkan pertumbuhan PKS dan segmen pemula, Skim Pembiayaan Jaminan Portfolio Affinbank akan dapat membantu golongan yang agak terjejas akibat kesan pandemik Covid-19.

“Ini adalah satu pakej rangsangan bagi mereka yang ingin memulakan dan menghidupkan semula perniagaan kecil mereka”, katanya.

Source link