info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

AG Autoworld terima lebih 300 tempahan Proton X50 

119views

JOHOR BAHRU, 27 Okt — AG Autoworld Sdn Bhd, pengedar Proton 4S yang terbesar di Johor telah menerima lebih 300 tempahan bagi Proton X50 semasa pelancarannya di Permaisuri Zarith Sofiah Opera House hari ini.

Pengarah urusannya, Kuek Ser Kee berkata tempahan itu adalah memberangsangkan dengan model baharu itu menerima sambutan luar biasa sejak pratontonnya pada 15 Sept.

“Kami secara khususnya memilih Permaisuri Zarith Sofiah Opera House untuk memperkenalkan Proton  X50,” katanya selepas melancarkan majlis “Memperkenalkan Proton X50 baharu” di sini malam ini.

Proton Holdings Bhd (Proton) hari ini secara rasminya melancarkan kenderaan utiliti sukan (SUV) keduanya, Proton X50 menerusi saluran media sosial.

SUV dalam empat varian itu berharga RM79,200 bagi 1.5T Standard; RM84,800 untuk 1.5T Executive; RM93,200 bagi 1.5T Premium manakala RM103,300 bagi varian 1.5TGDi Flagship.

Proton X50 adalah kenderaan kedua yang diusahakan bersama Proton dan rakannya, Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely).

Dibangunkan di atas platform BMA (reka bentuk modular segmen B) kumpulan itu yang turut menyokong produk dari Geely dan Volvo, model berkenaan menggunakan enjin turbo, kotak gear transmisi klac berkembar tujuh-kelajuan dan sistem bantuan pemandu yang terkini.

Terdapat enam warna pilihan bagi model baharu itu iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Ocean Blue, Citric Orange dan Passion Red.

— BERNAMA

Source link