info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Ageson jangka raih satu lagi keuntungan tinggi pada tahun kewangan 2021

30views

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Ageson Bhd menjangkakan akan memperoleh satu lagi keuntungan tertinggi bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2021 (TK2021) melalui pasaran eksport antarabangsa, disokong oleh nilai perolehan kontrak pembinaan yang bernilai RM149 juta.

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan yang disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia berkata syarikat akan menumpukan pada projek akan datang di Batu Ferringhi, Pulau Pinang bagi perniagaan pembangunan hartanah, yang mempunyai nilai pembangunan kasar RM178 juta, dijangka akan memberi kesibukan kepada Ageson bagi tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.

Pengarah Eksekutif Datuk Seri Chin Kok Foong berkata kumpulan itu merekodkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti yang tinggi sebanyak RM38.9 juta pada TK2020, berbanding RM2.7 juta yang dicatatkan pada TK2019.

“Berdasarkan apa yang telah kami rancangkan untuk kumpulan ini, kami yakin dapat mencapai satu lagi keputusan tinggi direkodkan pada tahun kewangan 2021,” katanya.

Chin memaklumkan bahawa nilai perolehan kontrak kumpulan itu yang kukuh akan mengekalkan syarikat untuk jangka masa yang panjang dan percaya penerokaan dan pembangunan perniagaan yang berterusan juga akan memberikan hasil yang baik.

Sementara itu, kumpulan itu juga menambah bahawa mereka telah menerima kontrak daripada Techpack Solutions Co Ltd untuk pembekalan pasir silika, dengan nilai kontrak sehingga kira-kira US$79.50 juta (US$1=RM4.16).

Source link