info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Perniagaan

Ahmad Fuaad Bakal Terajui UMW Holdings

63views

KUALA LUMPUR, 11 Okt — UMW Holdings Bhd telah melantik Datuk Ahmad Fuaad Kenali sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (PGCEO), berkuat kuasa 1 November 2020.

Ahmad Fuaad akan mengambil alih tugas dan peranan Allahyarham Badrul Feisal Abdul Rahim yang telah meninggal dunia pada 31 Mei 2020.

UMW berkata, dengan pelantikan itu, Azmin Che Yusoff yang sebelum ini memamngku jawatan berkenaan akan kembali memegang jawatan Ketua Pegawai Operasi – Korporat.

Ahmad Fuaad, 50, akan melepaskan jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Corp Bhd pada akhir bulan ini.

Pengerusi Kumpulan UMW, Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman dalam kenyataan hari ini berkata, pihak lembaga pengarah gembira untuk bekerjasama dengan Ahmad Fuaad.

“Kami yakin beliau akan dapat menggerakkan UMW ke tahap lebih tinggi sementara terus memberikan nilai yang lebih baik kepada pemegang saham kami,” kata

Ahmad Fuaad mempunyai lebih 26 tahun pengalaman dalam korporat Malaysia.

Source link