Berita

AJK Masjid Positif COVID-19, Masjid Al-Mustaghfirin, Bayan Lepas Ditutup

101views

BAYAN LEPAS, 4 Dis — Masjid Al-Mustaghfirin di Sungai Tiram di sini ditutup selepas ada ahli jawatankuasanya positif COVID-19.

Siak masjid berkenaan, Abdul Aziz Hassan, 67, berkata kakitangan Jabatan Kesihatan Pulau Pinang menjalankan operasi nyah cemar di situ pagi ini sebelum meletakkan notis penutupan masjid di pagarnya.

Difahamkan, jemaah yang dijangkiti itu adalah ahli jawatankuasa masjid berkenaan.

“Sebaik menerima maklumat itu, kerja nyah cemar dibuat segera. Pengerusi jawatankuasa masjid memaklumkan mengenai kes itu selepas solat subuh hari ini.

“Perbincangan dengan pegawai kesihatan dilakukan dan keputusan menutup masjid dibuat,” katanya.

Beliau berkata sanitasi dilakukan dia kali.

Pada masa ini, ada 14 kluster aktif di Pulau Pinang manakala sehingga semalam, sebanyak 2,220 kes COVID-19 dilaporkan, 343 masih aktif dan lima kematian.

Source Link