info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Aktiviti Memancing Sudah Dibenarkan

58views

KUALA LUMPUR, 11 Feb — Aktiviti memancing untuk rekreasi di kolam, rumah bot atau rumah rakit, pelantar pancing atau kelong serta bot pancing dibenarkan beroperasi, esok.

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata kerajaan sebelum ini membenarkan memancing untuk sara hidup di bawah sektor perikanan, namun banyak menerima rayuan daripada pengusaha tempat memancing secara riadah yang hilang mata pencarian.

“Setelah membuat penilaian risiko bersama pelbagai agensi dalam jawatankuasa teknikal, kerajaan bersetuju untuk membenarkan operasi kolam pancing, rumah bot atau rakit, pelantar pancing atau kelong dan bot pancing berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) ketat.

“Semua jenis aktiviti perikanan rekreasi itu akan dibenarkan beroperasi bermula esok,” katanya dalam sidang media harian di Kementerian Pertahanan di sini, hari ini.

Source Link