info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Al Rajhi Bank lantik Arsalaan Ahmed Ketua Pegawai Eksekutif baharu

37views

KUALA LUMPUR, 16 Feb — Al Rajhi Banking and Investment Corp (M) Bhd (Al Rajhi) telah melantik Arsalaan Ahmed sebagai Ketua Pegawai Eksekutifnya yang baharu, berkuat kuasa serta-merta.

Ia berkata Bank Negara Malaysia telah meluluskan pelantikan Arsalaan sambil menambah beliau menggantikan Steve Chen yang kontraknya telah tamat pada November 2020.

“Arsalaan yang dikenali sebagai  pemimpin pemikiran terbilang dan terkenal dalam industri perbankan dan kewangan Islam akan membawa bersama pengetahuan dan pengalaman selama lebih 15 tahun kerjayanya dalam perbankan runcit, korporat dan pelaburan serta pasaran,” kata Al Rajhi dalam satu kenyataan hari ini.

Dengan pelantikan Arsalaan, Al Rajhi berharap dapat memberikan kepemimpinan baru untuk melaksanakan strateginya dengan jayanya dan memanfaatkan peluang pasaran untuk mengembangkan perniagaan perbankan Islamnya di Malaysia.

— BERNAMA

Source link