
“Alhamdulillah Syukur Kehadrat Ilahi” Farhatul Penerima Termuda Pengiktirafan Sempena Hari Keputeraan Ke-77 Sultan Selangor
“Alhamdulillah Syukur Kehadrat Ilahi” begitulah luahan Farhatul. Farhatul penerima termuda pengiktirafan sempena Hari Keputeraan Ke-77 Sultan Selangor. Tahniah diucapkan kepada Johan Tilawah (Qariah) MTHQA 2019 Nor Farhatul Fairuzah Panut antara 17 individu dikurniakan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (AMS). Farhatul antara penerima termuda yang menerima pengiktirafan sempena Hari Keputeraan ke-77 Sultan Selangor.
“Alhamdulillah Syukur Kehadrat Ilahi”
Farhatul menerima pingat di Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah dan Bintang Kebesaran serta Pingat itu dilaksanakan di Istana Alam Shah, Klang, baru-baru ini. “Alhamdulillah Syukur kehadrat Ilahi atas Pengurniaan Darjah dan Kebesaran Negeri Selangor Darul Ehsan, Sempena Menyambut Ulang tahun Hari Keputeraan yang ke-77, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor.
“Menjunjung Kasih Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj diatas penghargaan Darjah Kebesaran Ahli Mahkota Selangor (A.M.S)
“Semoga Tuanku Dan Permaisuri dipanjangkan Usia, Sentiasa diRahmati dan diberkati oleh Allah SWT,” kongsi Farhatul Fairuzah menerusi akaun Instagramnya. Semoga pengurniaan yang diberikan diharap dapat menjadi pemangkin semangat buat Farhatul dalam menyebarkan ilmu al-Quran kepada orang ramai.
“Semoga Sentiasa Dirahmati Allah SWT”
Menerusi ruangan komen ramai yang mengucapkan tahniah dan mendoakan agar Farhatul dirahmati Allah.
Sumber / Sumber Foto : Instagram Farhatul Fairuzah