Alumni Parlimen Belia Malaysia Pertahan Keselamatan Masa Hadapan Teknologi 5G Malaysia

Malaysia terus dikejutkan lagi dengan siri siri scam panggilan telefon yang terus berleluasa. Macau scam, love scam dan sebagainya dianggarkan mengakibatkan kerugian peribadi bernilai jutaan ringgit.

2. Keputusan Malaysia yang menekankan penglibatan syarikat milikan MoF iaitu DNB buat kali pertamanya dalam perkembangan generasi pembangunan telekomunikasinya yang seterusnya 5G dilihat merupakan satu langkah awal yang bukan sahaja menjimatkan kos dan memastikan akses yang lebih adil kepada kawasan bandar dan luar bandar tetapi penekanan aspek keselamatan data dan perlindungan maklumat peribadi perlu ditekankan.

3. Perdebatan yang semakin hangat di Eropah mengenai beberapa pengendali teknologi 5G yang dilihat cenderung dengan trek rekod kecurian harta intelek, program penggodaman dan perisikan untuk kepentingan kuasa kuasa besar yang semakin berleluasa di laut china selatan dan berterusan mengancam Taiwan, menyebabkan situasi Malaysia bertambah rumit. Namun, keputusan strategik kerajaan perpaduan mengorak langkah bertitik tolak daripada beberapa keputusan yang betul dari pentadbiran yang lalu perlu keseimbangan agar kesejahteraan dan keselamatan rakyat Malaysia terjaga.

4. Justeru, Kami Alumni Parlimen Belia Malaysia menawarkan diri kepada DNB dan MOF untuk menjadi pegawai pengawas (or stakeholders) sebagai pemegang taruh masa hadapan Malaysia yang mahu melihat sendiri kemajuan teknologi 5G yang selamat, pantas dan berpatutan. Kami percaya Demi masa hadapan negara Malaysia Ini kami sanggup menggembleng tenaga dan usaha agar Malaysia kembali disegani dunia .

Mohamad Nazrin Faiz
Presiden Alumni Parlimen Belia Malaysia

Facebook Comments Box

Azanisham Samat

Pengerusi Makmal Media Sosial Kebangsaan
Back to top button