
ALUMNI PARLIMEN BELIA MALAYSIA INI BUKAN PERIBADI, INI KEMANUSIAAN!
Alumni Parlimen Belia Malaysia mahu penentangan berterusan buat mereka yang melakukan apa yang tidak sepatutnya kepada Masyarakat Uighur. Masyarakat dunia tahu akan isu ini malah ia masih tidak selesai . Kami selaku NGO anak muda berharap semua pihak memainkan peranan semaksimum mungkin untuk bukan sahaja menyuarakan tetapi membawa perihal ini ke langkah lebih besar.
The Xinjiang Papers telah menunjukkan betapa foto yang menyayat hati dan maklumat tentang maklumat buruk yang diterima Masyarakat Uighur ini di kem tahanan .Lebih daripada 400 muka surat dokumen ini dengan terang menunjukkan jutaan etnik ini . Ada juga yang mengatakan mereka turut dijadikan buruk paksa .Inikah kemanusiaan?Hal ini turut didedahkan New York Times, CNN , Al Jazeera malah TRT .
Presidennya Mohd Nazrin Faiz berkata , siri meja bulat sahaja tidak akan menjadi jika ianya tidak disulami usaha yang lebih signifikan . Kami memohon kepada Kerajaan Malaysia untuk menjadi first force untuk memastikan isu ini menjadi sejuk dan tidak diendahkan masyarakat dunia. Kami bersedia membantu dalam menjadi pihak ketiga dalam menjaga saudara kami di luar sana . Ini bukan hal peribadi , ini isu kemanusiaan . Sekian , terima kasih.
MOHAMAD NAZRIN FAIZ
(Presiden Alumni Parlimen Belia Malaysia)