info@rakyat.my
Friday, June 18, 2021
Berita

Amaran Cuaca Waspada, Hujan Lebat Di Pantai Timur

75views

KUALA LUMPUR, 17 Nov — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran cuaca peringkat waspada dengan hujan lebat dijangka berlaku di kawasan pantai timur hari ini sehingga esok.

Dalam kenyataannya hari ini, MetMalaysia memaklumkan keadaan itu diramal melanda beberapa kawasan di Kelantan iaitu Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai.

Selain itu, amaran cuaca peringkat waspada turut dikeluarkan di Terengganu dan beberapa kawasan di Pahang iaitu Maran, Kuantan, Bera dan Rompin.

Source link