AmInvest umum agihan pendapatan RM91.5 juta

KUALA LUMPUR, 13 Dis (Bernama) — Pengurus dana AmInvest mengisytiharkan pengagihan pendapatan sebanyak RM91.5 juta untuk 33 unit amanah, dana borong dan skim persaraan swasta (PRS) dari Julai 2022 hingga September 2022.

Dalam satu kenyataan hari ini, ia berkata pengagihan pendapatan bersih yang diisytiharkan merangkumi dana konvensional dan patuh syariah merentasi pelbagai kelas aset.

Ia berkata antara dana yang terbabit, pengagihan pendapatan yang diisytiharkan untuk AmDynamic Allocator, Europe Equity Growth dan AmAsia Pacific REITs menyaksikan hasil pengagihan pendapatan masing-masing sebanyak 10.4 peratus, 6.4 peratus dan 5.9 peratus.

AmInvest ialah nama jenama AmFunds Management Bhd dan perniagaan pengurusan dana AmIslamic Funds Management Sdn Bhd.

Mengenai prestasi, Ketua Pegawai Eksekutif AmFunds Goh Wee Peng berkata syarikat itu telah menggunakan strategi pelaburan yang sesuai ke atas portfolio dananya bagi memanfaatkan ketidaktentuan pasaran dan memberikan pulangan jangka panjang untuk pelabur, walaupun dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button