AnTuTu Mendedahkan Skor Penanda Aras OnePlus 11 Adalah Paling Tinggi Setakat Ini

OnePlus 11 akan dilancarkan pada 7 Februari 2023. Tahun 2023 dijangka hanya akan ada satu model peranti dan tiada lagi model Pro. OnePlus 11 dijangka menggunakan skrin 6.7-inci QHD+ AMOLED 120Hz, dijana cip Snapdragon 8 Gen 2, memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman UFS 4.0. Bateri peranti dikatakan adalah 5000mAh dengan sokongan pengecasan pantas 100W.

Terkini, AnTuTu di Weibo mendedahkan yang terdapat peranti Snapdragon 8 Gen 2 baharu tersenarai dalam pangkalan data mereka. Peranti ini menggunakan nombor model PHB110, memori 16GB RAM LPPDR5X, storan dalaman 512GB UFS 4.0 dan skrin 120Hz. Peranti ini telah menerima skor penanda aras paling tinggi dalam sejarah mereka iaitu 1,341,080.

Skor CPU adalah 295,159, GPU 574,508, MEM 268,112 dan skor UX 203,301. Ini adalah rekod yang cukup hebat, tetapi perlu ingat yang skor dimasukkan ini adalah berdasarkan peranti yang masih menggunakan perisian peringkat awal dan bukan versi akhir. Skor penanda aras juga adalah nombor semata-mata, kerana penggunaan sebenar adalah lebih penting.

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut untuk OnePlus 11.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button