Home Berita Anugerah Effie Malaysia 2022 seru penyertaan industri pengiklanan

Anugerah Effie Malaysia 2022 seru penyertaan industri pengiklanan

28
0

KUALA LUMPUR, 27 Mei (Bernama) — Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4As) menyeru kepada agensi-agensi industri pengiklanan untuk penyertaan bagi Anugerah Effie Malaysia ke-14 2022.

Anugerah Effie Malaysia 2022 dianjurkan oleh 4As dan disokong oleh Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA) dan Persatuan Pakar Media (MSA), dengan kerjasama Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Pengerusi penganjur, Ryusuke Oda dalam satu kenyataan berkata ketika Malaysia bangkit dari dua tahun ketidaktentuan pandemik, industri pengiklanan telah melalui tempoh pergolakan dan kelam hanya untuk bertahan separuh nyawa tetapi masih berdaya tahan.

“Tema tahun ini ‘Look Up Again’ adalah peringatan kepada kita semua agar terus mengimpikan kemungkinan yang tidak berkesudahan, sementara kita berusaha bagi mengubah permainan dan mencipta kelainan kepada dunia,” kata Oda.

Penyertaan untuk anugerah ini hendaklah dihantar antara Julai dan Ogos 2022, yang mana, pemenang akan diumumkan menjelang Disember 2022.

Syarat-syarat anugerah boleh didapati dalam talian melalui laman web http://malaysiaeffie.com bermula 9 Jun 2022.

Facebook Comments Box
Previous articleGTALCC: Tiga projek dijayakan dalam tempoh lima tahun
Next articleMaloney umumkan skuad akhir B-23 Piala Asia esok
Sistem Automasi Berita