info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Anwar Dakwa Dapat Sokongan 120 Ahli Parlimen

48views

KUALA LUMPUR, 13 Okt — Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mendakwa mengemukakan pengesahan lebih 120 Ahli Parlimen yang menyokongnya membentuk kerajaan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Hari ini bukan hari untuk mengesahkan kemenangan tetapi untuk menegakkan keadilan bagi menangani malapetaka COVID-19 dan memajukan ekonomi yang meyakinkan,” katanya.

Beliau berkata, pengesahan yang dikemukakan dalam bentuk akuan bersumpah dan dokumen yang ditandatangani Ketua Parti.

Susulan penyerahan Akuan Bersumpah sokongan lebih 120 Ahli Parlimen itu, Anwar mendakwa kerajaan yang berada di bawah kepemimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini sudah tumbang.

Source Link