Sabtu, Jun 25, 2022
HomeArtikelApa itu Pareidolia?

Apa itu Pareidolia?

Tahukah anda,

Pareidolia merupakan satu fenomena dimana kita ternampak seakan-akan wajah manusia atau gambaran samada susuk tubuh manusia, haiwan atau bentuk benda-benda yang kebiasaannya kita nampak.

Sebagai contoh, kita melihat kepulan awan seakan-akan berbentuk seperti seekor ikan atau muka manusia. Itulah contoh paling mudah fenomena pareidolia yang kebiasaannya terjadi pada diri kita.

Pareidolia terjadi apabila otak kita telah berkemampuan untuk memproses sesuatu imej itu seperti perkara yang telah terakam didalam memori kita. Oleh kerana itu setiap orang mempunyai penglihatan pareidolia yang berbeza.

Pada tahun 2014, roti sandwich yang berusia 10 tahun telah berjaya dijual di eBay dengan harga $28,000 (RM113,268) disebabkan gambar Virgin Mary yang dikatakan berada di atas permukaan roti tersebut.

Pareidolia juga telah menjadi satu penjelasan yang logikal untuk perkara-perkara mistik atau paranormal seperti penampakan susuk tubuh atau muka manusia yang dijumpai dalam video atau gambar ketika aktiviti paranormal berlangsung sedangkan ianya cuma objek biasa sahaja.

Maka, anda faham apa itu pareidolia? Hentikan pemikiran yang paranoid terhadap perkara-perkara yang kelihatan mistik. Anda telah tertipu oleh otak anda sendiri hakikatnya disebabkan fenomena pareidolia ini.

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular