Apple Dijangka Memperkenalkan Model MacBook Pro Baharu Pada Awal 2023

Disamping perkongsian berkenaan cip Apple yang mungkin ditangguhkan, kini Bloomberg turut berkongsi mengatakan Apple merancang untuk memperkenalkan dua komputer riba baharu dibawah siri MacBook Pro pada awal 2023 kelak.

Dua model yang diperkatakan adalah bersaiz 14-inci dan juga 16-inci. Masing-masing dijangka ditawarkan dengan cip Apple M2 Pro dan juga Apple M2 Max.

Ia dijangka menawarkan kemaskini dari segi spesifikasi – termasuk pilihan RAM lebih tinggi. Namun, dari segi rekaan, berkemungkinan tiada sebarang perubahan besar berbanding model MacBook Pro 2021 lepas.

Dengan perkembangan baharu ini, mungkin sekiranya anda mempunyai perancangan untuk mendapatkan komputer riba baharu, boleh nantikan pengenalan MacBook Pro baharu ini.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button