info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Amerika Syarikat Bersedia Kemungkinan Kekacauan Pasca-Pilihan Raya

30views

ANKARA, 4 Nov (Bernama) — Banyak bandar dan perniagaan di Amerika Syarikat (AS) siap siaga menghadapi kemungkinan keganasan dan kekacauan berikutan pilihan raya yang ditungu-tunggu dilihat mencetuskan pelbagai emosi bukan sahaja dalam kalangan ahli politik malah rakyat Amerika.

Menurut Agensi Anadolu meskipun kira-kira 100 juta rakyat Amerika sudah mengundi pada pengundian awal, lebih 50 juta lagi masih menunggu untuk menunaikan hasrat mereka, peningkatan signifikan berbanding pilihan raya 2016 seramai 139 juta pengundi.

Ekoran adanya ancaman keganasan berkaitan dengan pilihan raya,  menyebabkan banyak pemilik perniagaan mengambil langkah-langkah keselamatan yang ketat di premis mereka.

Difahamkan di Florida, beberapa kedai termasuk Macy’s, Target dan CVS  memperhebat langkah keselamatan untuk mencegah sebarang insiden tidak diingini pada pasca-pilihan raya. Situasi sama juga dilihat berlaku di Washington.

Situasi itu dicetuskan susulan kenyataan Presiden Donald Trump yang dilaporkan berkata mungkin akan timbul huru-hara jika beliau gagal mempertahankan jawatannya atau keputusan pilihan raya yang samar.

Di beberapa bandar raya utama, jabatan polis tempatan memaklumkan kepada orang ramai kemungkinan berlakunya penutupan jalan kerana jika ada demonstrasi dan tunjuk perasaan yang dijadual pada Selasa dan Rabu.

Source link