info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

AS Sasar Vaksinasi COVID-19 Disember

76views

WASHINGTON, 23 Nov — Amerika Syarikat (AS) berharap dapat memulakan program vaksinasi COVID-19 meliputi hampir 20 juta orang menjelang akhir tahun ini, menurut pegawai kesihatan awam semalam ketika kes jangkitan melonjak di seluruh negara itu.

Permulaan program vaksinasi dapat menjadi titik tolak penting dalam memerangi virus yang meragut lebih 255,000 nyawa di AS, angka korban tertinggi di dunia, sejak virus itu muncul di China akhir tahun lalu.

“Perancangan kami adalah untuk mengedarkan vaksin ke tempat imunisasi dalam tempoh 24 jam selepas memperoleh kelulusan dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS,” kata Moncef Slaoui, yang mengetuai pelan vaksin COVID-19 kepada CNN.

Beliau merujuk kemungkinan 11-12 Disember pihaknya akan dapat memulakan program vaksinasi itu.

Slaoui menganggarkan 30 juta orang akan diberi vaksin setiap bulan mulai Januari.

Pakar penyakit berjangkit AS, Anthony Fauci, mengatakan “mungkin 20 juta orang akan dapat vaksin pada pertengahan hingga akhir Disember”, memberi amaran bahawa keadaan boleh menjadi lebih buruk sebelum menjadi lebih baik jika orang ramai gagal mengambil langkah berjaga-jaga pada musim percutian akan datang.

“Kami berada dalam situasi yang sangat sukar di semua peringkat,” katanya kepada “Face the Nation” CBS.

Penasihat vaksin FDA akan bertemu pada 10 Disember untuk membincangkan persetujuan vaksin yang menurut firma farmasi Pfizer dan Moderna sekurang-kurangnya 95 peratus berkesan.

Slaoui mengatakan menjelang Mei tahun depan, dengan 70 peratus populasi divaksinasi, negara itu dapat mencapai “imuniti kawanan”, yang bermaksud virus ini tidak lagi dapat menyebar secara meluas.

Bagaimanapun Fauci dalam kenyataan berasingan mengatakan imuniti kawanan hanya akan berlaku jika kelompok besar divaksinasi dengan vaksin yang sangat berkesan. – AFP

Source Link