Audit keselamatan siber untuk jamin keselamatan data

PUTRAJAYA, 16 Dis (Bernama) — Satu audit terhadap keselamatan siber perlu dilakukan bagi menjamin keselamatan data pengguna di negara ini, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.

Beliau berkata Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) perlu mengenal pasti ‘vulnerabilities’ atau kelemahan dalam ekosistem sedia ada untuk mengelak daripada kecurian data daripada terus berlaku.

“Data adalah khazanah negara serta perlu dijamin selamat,” katanya pada Majlis Amanat Tahun Baharu 2023 Menteri Komunikasi dan Digital di KKD, di sini hari ini.

Taklimat secara hibrid itu turut dihadiri Timbalan Menteri Teo Nie Ching, Ketua Setiausaha Kementerian Datuk Seri Mohammad Mentek, serta ketua dan petugas jabatan serta agensi di bawah KKD.

Fahmi berkata KKD juga akan memainkan peranan penting untuk menilai serta membantu agensi, jabatan dan kementerian lain dalam memastikan bahawa keselamatan siber akan menjadi keutamaan.

“Niat saya adalah supaya CyberSecurity Malaysia (CSM) di bawah kementerian ini akan sentiasa memainkan peranan yang sangat penting.

“Saya tak nak lagi insiden data daripada mana-mana jabatan dicerobohi, dibolosi dan dicuri sebab nak tak nak ia ada kaitan dengan tindakan scammer,” katanya.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button