Bali dilanda gempa bumi dengan magnitud 5.2

JAKARTA, 13 Dis (Bernama) — Gempa bumi sederhana dasar laut berukuran 5.2 magnitud melanda berhampiran Bali pada Selasa. Tiada makluman tsunami dikeluarkan.

Agensi geofizik Indonesia (BMKG) berkata pusat gempa terletak pada koordinat 8.16 lintang selatan dan 115.62 bujur timur di Laut Bali.

Gempa bumi pada kira-kira pukul 5.38 petang waktu tempatan itu menggegarkan kawasan yang terletak dalam persekitaran 23km timur laut daerah Karangasem pada kedalaman 10km, kata BMKG dalam satu kenyataan.

Media tempatan melaporkan gempa bumi itu menggegarkan penduduk di kampung Selumbung, daerah kecil Manggis.

Gegaran berterusan selama beberapa saat itu turut dirasai di Mataram, Lombok, Tabanan, Kuta, Buleleng dan kawasan jiran.

Tiada kecederaan atau kerosakan harta benda dilaporkan setakat ini.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button