Isnin, Mei 16, 2022
HomeBeritaBanjir di Pontian surut sepenuhnya, PPS terakhir ditutup

Banjir di Pontian surut sepenuhnya, PPS terakhir ditutup

JOHOR BAHRU, 6 Mei (Bernama) — Pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir di Daerah Pontian ditutup petang tadi, setelah banjir surut sepenuhnya.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Pontian menerusi satu kenyataan memaklumkan PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Melayu Raya, yang menempatkan 19 individu daripada empat buah keluarga dari Kampung Sri Segambut, ditutup pada pukul 5 petang tadi.

Pada 4 Mei lepas, iaitu sambutan hari ketiga Aidilfitri menyaksikan hujan lebat yang berterusan kira-kira sejak pukul 5.30 pagi, telah menyebabkan rumah penduduk di Kampung Sri Segambut, Kampung Jasa Sepakat dan Kampung Bukit Panjang dinaiki air sekali gus menjejaskan seramai 168 individu daripada 31 buah keluarga.

Sumber

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular