Bencana AlamBerita

Banjir Kedah: Hanya Baling masih terjejas

ALOR SETAR, 1 Okt  — Hanya daerah Baling masih terjejas banjir di Kedah dengan seramai 352 orang daripada 121 keluarga ditempatkan di 14 pusat pemindahan sementara (PPS), malam ini.

Ketua Bahagian Operasi Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kedah Saifuddin Abdullah menerusi kenyataan berkata setakat 8 malam, kesemua PPS yang masih aktif di daerah itu adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Tunku Putera yang menempatkan tiga mangsa, SK Siong (28), SK Bandar (9), SK Tanjung Pari (23), SK Bayu (25) manakala SK Titi Gantung dan Dewan Banggol Derom masing-masing menempatkan 44 mangsa.

Beliau berkata PPS Maktab Mahmud Baling pula masih menempatkan 31 orang mangsa, SK Malau (17), SK Parit Panjang (19), PPS Kampung Padang Kupang (32), SK Mohd Ariff Abdullah (39), SK Tembak A (30) dan SK Jemerli (8).

Katanya pada pagi tadi seramai 380 orang daripada 131 keluarga ditempatkan di 17 PPS di tiga daerah iaitu Sik, Baling dan Kulim, namun, tiga PPS iaitu SK Gulau dan SK Sik di Sik serta PPS SK Merbau Pulas di Kulim ditutup pada 12 tengah hari dan 7 malam tadi.

— BERNAMA

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button