Bantuan kemanusiaan dikecualikan dari sekatan di bawah resolusi UNSC

NEW YORK, 10 Dis (Bernama) — Bantuan kemanusiaan akan mendapat perlindungan yang lebih baik daripada sekatan di bawah resolusi yang diluluskan oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Jumaat.

Seramai 14 daripada 15 ahli mengundi menyokong draf resolusi berkenaan, hanya India berkecuali, lapor Agensi Akhbar Jerman dpa.

Keputusan itu menetapkan bahawa dana bagi tujuan kemanusiaan tidak boleh dibekukan oleh negara atau pakatan “demi memastikan bantuan kemanusiaan sampai tepat pada masanya atau untuk menyokong keperluan asas manusia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.”

Duta Amerika Syarikat ke PBB, Linda Thomas-Greenfield menyifatkannya sebagai “titik perubahan resolusi “.

AS dan Ireland memperkenalkan resolusi berkenaan.

— BERNAMA

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button