info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Barisan 33 Lancar Program Agih Komputer Riba Terpakai Kepada Pelajar Kurang Kemampuan

106views

BAGI membantu segelintir Ibu Bapa yang kurang berkemampuan dalam menghadapi Pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PDPR), Pertubuhan Barisan 33 Malaysia baru-baru ini telah melancarkan Program Kutipan Derma dan Agihan Perkakasan Pembelajaran di rumah.

Orang ramai yang berhasrat untuk bersama-sama menjayakan Program bantuan ini, boleh mendermakan komputer riba atau telefon pintar terpakai atau baharu milik mereka.

Selain itu, bagi yang ingin menyumbang dalam bentuk wang juga boleh berbuat demikian dengan meremitkan sumbangan ke akaun rasmi Pertubuhan Barisan 33 Malaysia di akaun BSN – 1417441100007107

Setiap komputer riba terpakai yang didermakan akan diperiksa, diperbaiki dan dipasangkan perisian Edubuntu Linux sekiranya tidak tersedia lesen perisian sah.

Manakala, sumbangan kewangan pula akan digunakan untuk kos logistik, kos baik pulih dan kos pembelian perkakasan baru yang bersesuaian.

Proses pengumpulan komputer riba dan telefon pintar terpakai dan baharu akan tamat pada 28 Feb 2021 dan proses pengagihannya pula akan bermula pada Mac 2021.

Orang ramai yang mempunyai pertanyaan dan ingin turut sama membantu golongan pelajar yang kurang kemampuan supaya sama-sama mendapatkan akses pendidikan bolehlah menghubungi

  • Yana :0125346706 (Lembah Kelang)
  • Tulib :01139593915 (Lembah Kelang)
  • Iskandar :0123491396 (Lembah Kelang)
  • Zaifizan : 0173110283 (Lembah Kelang)
  • Syed Jamil :0195753537 (Utara)
  • Amri :0148081657 (Pantai Timur)