info@rakyat.my
Friday, June 18, 2021
Berita

Bekalan Air Di Kuala Selangor Pulih Sepenuhnya

80views

KUALA LUMPUR, 13 Okt  —  Kesemua 28 kawasan di daerah Kuala Selangor yang terjejas dengan gangguan bekalan air berjadual bermula jam 9 pagi tadi berikutan kerja penggantian injap di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Sireh menerima bekalan air bersih sepenuhnya pada jam 10 malam tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd Elina Baseri mengucapkan terima kasih kepada pengguna atas kesabaran dan kerjasama yang diberikan sepanjang tempoh gangguan bekalan air berjadual tersebut.

“Air Selangor menyarankan pengguna untuk mendapatkan maklumat rasmi gangguan bekalan air melalui saluran komunikasi rasmi Air Selangor termasuk aplikasi Air Selangor, Facebook, Twitter dan Instagram, serta laman sesawang kami di www.airselangor.com,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.

Source link