Bekalan iPhone 14 Pro Semakin Stabil – Tempoh Menunggu Kini Hanya Dua Minggu

Permintaan untuk iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max adalah tinggi memandangkan iPhone 14 dan 14 Plus adalah sedikit mengecewakan. Akibatnya waktu menunggu untuk membeli peranti ini menerusi kedai atas talian Apple meningkat sehingga enam minggu. Ini tidak dibantu oleh gangguan disebabkan oleh Covid-19 dan juga rusuhan yang berlaku di kilang terbesar Foxconn di China.

Berita baik bagi mereka yang ingin membeli iPhone 14 Pro dan 14 Pro Max di Malaysia ialah waktu menunggu untuk membeli kini ialah antara 1-2 minggu sahaja. Bagi yang ingin membeli iPhone 14 dan 14 Plus pula tiada langsung waktu menunggu dengan peranti akan dihantar terus pasca pembelian.

Memang sempat untuk membeli hadiah Krismas tetapi masih sempat untuk membelinya sebelum tahun baharu. Waktu menunggu yang lebih pendek ini adalah turut dilaporkan di stor Apple lain di seluruh dunia.

Sumber

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button