info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Belanjawan 2021: Nasihat Agong tunjukkan institusi diraja sentiasa utamakan denyut nadi rakyat

40views

KUALA LUMPUR, 28 Okt — Kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menasihati ahli-ahli politik supaya bersatu untuk meluluskan Belanjawan 2021 menunjukkan bahawa institusi raja sentiasa mengutamakan denyut nadi rakyat.

Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan menerusi hantaran di laman Facebook beliau berkata atas kesedaran itu  Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang dipengerusikan Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Isnin lepas memutuskan agar semua Ahli Parlimen UMNO memberikan sokongan kepada kerajaan selaras dengan titah dan nasihat Tuanku untuk meredakan suhu politik.

“Menjunjung titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Agong agar Ahli-ahli Dewan Rakyat memberi sokongan padu kepada Belanjawan 2021 demi kesejahteraan rakyat serta pemulihan ekonomi negara.

Semoga ahli politik dan Ahli Parlimen parti lain turut bersama UMNO dalam hal ini, dengan semangat keikhlasan yang sama bagi meletakkan kepentingan rakyat di hadapan terutamanya dalam senario pandemik COVID-19 yang masih menular pantas,” katanya.

Menerusi hantaran sama, beliau berkata rakyat Malaysia sentiasa mendoakan agar Seri Paduka diberikan kesihatan, kesejahteraan dan kemakmuran yang berpanjangan serta sentiasa diberkati Allah SWT.

— BERNAMA

Source link