Berita

Belum Ada Lagi Kesan Sampingan Serius Vaksin COVID-19

57views

PUTRAJAYA, 22 Mac — Kementerian Kesihatan mengklasifikasikan kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) vaksin kepada dua kategori iaitu reaksi lokal dan sistemik. Reaksi lokal ialah kesan sampingan yang berlaku di kawasan suntikan manakala sistemik pula membabitkan organ lain.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, berkata tempoh masa bagi reaksi lokal berlaku pada antara hari pelalian diambil hingga hari kedua manakala kesannya boleh berlaku antara satu hingga dua hari.

Selain itu katanya, Malaysia ketika ini tidak merekodkan kesan sampingan luar biasa dan tidak membimbangkan seperti meninggal dunia atau kegagalan jantung, selepas menjalani vaksinasi.

“Untuk reaksi sistemik berlaku, kita ada median masa ‘on set’ dari hari pertama hingga kedua dan median durasi antara hari pertama dan kedua. Kesan sering dilaporkan setakat ini ialah reaksi pada tempat suntikan seperti sakit, membabitkan 80 peratus penerima, manakala bengkak (lebih 10 peratus) gatal dan kemerahan pada tempat suntikan.