info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Beri Penjelasan Kenapa Lebih 95 Ribu Syarikat Dibenar Beroperasi – Asyraf Wajdi

61views

KUALA LUMPUR, 2 Jun — 95,142 syarikat dengan aggaran 1.2 juta pekerja sudah mendapat kebenaran Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) untuk terus beroperasi dalam tempoh TOTAL LOCKDOWN.

Tujuh Persoalan Asas dan Mendasar berikut perlu mendapat penjelasan tuntas oleh Menteri bertanggungjawab kepada MITI iaitu YB (Yang Berhormat) Datuk Seri Azmin Ali:

1. Apakah asas dan justifikasi sebanyak itu syarikat dibenarkan beroperasi dalam tempoh TOTAL LOCKDOWN?

2. Apakah benar semua ini termasuk di bawah kategori ESSENTIAL SERVICES atau Sektor Perkhidmatan Berkeperluan?

3. Ada yang berkongsi maklumat dengan Pemuda UMNO, syarikat dan kilang tempat mereka bekerja yang terbabit dalam perusahaan mainan kanak-kanak, perabut yang tiada kaitan dengan Essential Services juga mendapat kebenaran beroperasi.

4. Semenjak semalam juga tular surat kelulusan untuk kilang arak terkemuka iaitu Carlsberg juga mendapat kebenaran beroperasi? Apakah kaitan minuman keras dengan Essential Services sehingga mendapat pengecualian dalam tempoh TOTAL LOCKDOWN ini?

5. Apa sebab tiba-tiba berlaku U-Turn di saat akhir kelmarin, untuk memberikan kuasa mutlak kepada MITI sedangkan Menteri umumkan untuk mengagihkan kepada semua Kementerian bagi meneliti setiap permohonan?

6. Apakah MITI sudah menjadi Agensi Pusat (Central Agency) yang menyelaraskan semua aktiviti dan operasi ekonomi negara?

7. Apakah MITI cukup tenaga kerja dan sistem yang berintegrasi untuk menguruskan apa jua keputusan-keputusan besar dan penting yang melibatkan perubahan SOP dalam pengurusan ekonomi dan pandemik yang melanda negara ketika ini?

Semua persoalan di atas amat penting bagi memastikan keberkesanan TOTAL LOCKDOWN yang dilaksanakan bermula 1 Jun ini.

Rakyat sudah banyak berkorban, pasrah dan rela untuk menghadapi tindakan tegas kerajaan mengenakan TOTAL LOCKDOWN untuk tempoh 14 hari.

Namun Rakyat mengharapkan biarlah TOTAL LOCKDOWN yang betul-betul ketat supaya ‘once and for all’ kita dapat putuskan rantaian pandemik COVID-19 ini dan tidak perlu untuk berterusan dikenakan perintah PKP separa masak – sekejap ketat, sekejap longgar, yang berterusan tanpa kesudahan. #SusahSekaliBukanBerkaliKali.

Kesan ekonomi lebih parah jika kita berterusan melaksanakan PKP yang separa masak berbanding pengalaman banyak negara-negara maju lain yang fokus TOTAL LOCKDOWN secara menyeluruh dan mampu memulihkan dan melonjakkan kembali ekonomi negara.

Bersetujukah semua dengan pandangan ini?

#PemudaJurubicaraRakyat
#SusahSekaliBukanBerkaliKali

DATUK DR ASYRAF WAJDI DUSUKI
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia

— UMNO ONLINE