info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Berita Daerah Kajang, Bandar Baru Bangi Dikenakan PKPD Palsu

36views

KUALA LUMPUR, 24 Okt — Berikut adalah penafian berita tular dalam media sosial oleh agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada 6.30 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Selangor menafikan mesej tular di media sosial yang mendakwa Daerah Kajang termasuk Bandar Baru Bangi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berkuat kuasa 10.00 malam, 23 Okt 2020, susulan kawasan terbabit menjadi zon merah selain 16 sekatan jalan raya (SJR) dilaksanakan di sekitar daerah berkenaan.

Beliau menegaskan dakwaan tersebut adalah palsu dan menasihati orang ramai agar tidak menularkan apa-apa maklumat yang meragukan.

Source link