info@rakyat.my
Wednesday, June 16, 2021
Berita

Berita Dr Ali Noor Meninggal Dunia Akibat Kelesuan Palsu

87views

PUTRAJAYA, 20 Jan — Pegawai Perubatan Kementerian Kesihatan (KKM), Dr Ali Noor Hassan yang meninggal dunia lewat malam kelmarin, bukan disebabkan kelesuan atau terlalu penat dengan bebanan tugas.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, yang mengesahkan kematian Dr Ali Noor Hassan itu juga menjelaskan, ujian COVID-19 yang dilaksanakan terhadap Allahyarham Dr Ali Noor juga adalah negatif.

Justeru, beliau memohon supaya mana-mana pihak tidak membuat spekulasi mengenai kes beliau, bagi menghormati jenazah serta ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor.

Malah, katanya, Dr Ali Noor amat disenangi oleh rakan sekerja, pesakit dan masyarakat setempat di tempatnya bertugas.

“Allahyarham juga pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak awal Disember 2020 disebabkan penyakit lain serta menjalani beberapa sesi rawatan.

“Salam takziah diucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham Dr Ali Noor Hassan atas pemergian beliau. Allahyarham Dr Ali Noor sudah pulang ke pangkuan Ilahi lewat malam kelmarin (18 Januari 2021).

“Marilah kita sama-sama memanjatkan doa dan peringatan buat arwah Dr Ali Noor. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman. Al-Fatihah,” katanya dalam satu hantaran di Facebook hari ini.

Sebelum ini, tular melalui media sosial mengenai kematian Dr Ali Noor.

Hantaran yang dibuat menggunakan akaun Skuad Pengurusan Jenazah Malaysia (SPJM) itu menyatakan kematian Dr Ali Noor diketahui melalui akaun Facebook pegawai kesihatan terbabit.

Ia juga menyebut, Dr Ali Noor adalah ahli berdaftar SPJM dan mengikuti skuad itu sejak 2018 serta seorang ahli khidmat dakwah.

Allahyarham dikatakan sudah dua kali menyertai ijtimak atau perhimpunan Jemaah Tabligh di Beaufort, Sabah selain akan datang berkhidmat secara sukarela sebagai petugas perubatan bagi peserta ijtimak.

Hantaran yang turut menyertakan gambar yang dikatakan Dr Ali Noor itu, menyatakan ia foto terakhir diambil sebelum Allahyarham jatuh sakit kerana beban kerja terlalu penat dan letih kerana bertugas sebagai petugas barisan hadapan.

Source Link