Daripada R.Vikneswaran
HANOI, 18 Mei (Bernama) — Berikut berita ringkas membabitkan atlet Malaysia di Sukan SEA ke-31 di sini hari ini:
–>Skuad Lawan Pedang Sumbang Pingat Pingat
Skuad lawan pedang negara menghadiahkan pingat perak dalam acara foil berpasukan lelaki yang berlangsung di Hanoi Indoor Games Palace.
Selepas mengejutkan Filipina 45-40 pada separuh akhir, skuad negara yang dibarisi Hans Yoong, Tristan Cheng Xing Han, Chong Hong Li dan K. Kaerlan Vinod tewas 28-45 kepada Singapura pada perlawanan akhir.
–>Atlet Snuker Teruskan Kemaraan
Lim Kok Leong, yang menjuarai acara perseorangan 6-Red snuker lelaki semalam, meneruskan kempennya bagi acara perseorangan snuker lelaki selepas menewaskan Alvin Barbero Ambatali dari Filipina 4-0 dalam pusingan kelayakan.
Dalam pusingan kelayakan bagi acara 10 Ball Perseorangan Lelaki, Darryl Soo Yew Chia menumpaskan Visal Peou dari Kemboja 9-2.