Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaBERNAMA - Hapuskan peranan orang tengah dalam sektor pertanian

BERNAMA – Hapuskan peranan orang tengah dalam sektor pertanian

KUALA LUMPUR, 18 Mei (Bernama) — Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa agar budaya ‘orang tengah’ dalam sektor pertanian dan rangkaian bekalan makanan dihapuskan bagi mengawal kos sara hidup yang meningkat antara lain akibat kenaikan kadar inflasi.

Beliau berkata orang tengah merupakan pihak yang memerah keringat petani dan nelayan selain memanipulasi harga di pasaran.

Perdana Menteri berkata beliau sendiri pernah mengisytiharkan ‘jihad memerangi orang tengah’ pada 2014 ketika menerajui Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

“Jihad ini perlu diteruskan oleh NAFAS (Pertubuhan Peladang Kebangsaan) menerusi strategi penguasaan rantaian bekalan seperti mewujudkan Pusat Pembelian Padi, Pusat Pengumpulan Buah-Buahan, penambahan pasar tani serta pasar nelayan,” katanya.

Ismail Sabri berkata demikian ketika berucap pada majlis makan malam sebelum merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan NAFAS Ke-48 di sini malam ini yang turut dihadiri Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular