Sabtu, Jun 25, 2022
HomeBeritaBERNAMA - Seorang maut dalam insiden tembakan di Washington, beberapa lagi cedera

BERNAMA – Seorang maut dalam insiden tembakan di Washington, beberapa lagi cedera

WASHINGTON, 20 Jun (Bernama) — Seorang remaja maut manakala tiga lagi cedera dalam kejadian tembakan di Washington D.C., menurut polis.

Insiden berlaku pada malam Ahad ketika festival muzik Moechella berlangsung, lapor Sputnik.

“Jabatan Polis Metropolitan (MPD) telah dikerah ke lokasi kejadian di kawasan 14 dan U Street, susulan beberapa orang telah ditembak termasuk seorang pegawai MPD,” kata jabatan polis DC di media sosial.

Mereka yang cedera telah dikejarkan ke hospital.

Motif di sebalik kejadian masih dalam siasatan.

BERNAMA

Facebook Comments Box
Berkaitan

Popular