info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Biden Lantik John Kerry Sebagai Utusan Khas Terajui Agenda Perubahan Iklim

41views

ANKARA, 24 Nov — Bakal presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin melantik bekas setiausaha negara John Kerry sebagai utusan khas presiden untuk menerajui usaha menangani isu berkaitan perubahan iklim, lapor Agesni Anadolu.

Kerry menjadi pegawai pertama bagi tugas-tugas berkaitan agenda perubahan iklim dan akan menganggotai Majlis Keselamatan Negara (NSC), jawatannya tidak memerlukan kelulusan Senat.

Langkah itu mencerminkan “komitmen bakal presiden untuk menangani perubahan iklim sebagai isu keselamatan negara yang mendesak,” kata pasukan Biden dalam satu kenyataan.

Kerry, 76, pernah mengetuai AS dalam Perjanjian Paris mengenai perubahan iklim antara 2013-2017 ketika di bawah pentadbiran bekas Presiden Barack Obama.

AS secara rasmi menarik diri daripada perjanjian itu pada 4 November, sehari selepas pilihan raya presiden 2020 dan keputusan mengenainya dibuat Presiden Donald Trump tahun lalu.

Biden berulang kali mengatakan perubahan iklim akan menjadi antara agenda utamanya sebaik menjadi presiden dan mahu kembali menganggotai kesepakatan itu.

Source link