info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

BN Tambah Kekuatan Jentera Bantu Pendaftaran Vaksin, Dr Zambry Abd. Kadir SUA BN Baharu

KUALA LUMPUR 22 Mac 2021 - Temubual Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, di Menara Dato Onn, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON
55views

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Barisan Nasional memutuskan untuk menambah kekuatan jentera parti daripada negeri-negeri bagi usaha membantu pendaftaran vaksin khususnya warga emas, OKU dan penduduk di kawasan pedalaman.


Pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan BN juga menyeru semua pihak agar mematuhi SOP bagi pengawalan penularan Covid 19 yang sangat membimbangkan pada ketika ini.

Beliau berkata demikian dalam kenyataan media selepas mengadakan Mesyuarat Agung Tahunannya pada malam ini yang dibuat secara maya (online) dengan dihadiri oleh kesemua empat parti komponen – UMNO, MCA, MIC dan PBRS.


Maklumnya, Mesyuarat Dewan Tertinggi BN juga sebulat suara bersetuju melantik Datuk Seri Dr Zambry Abd. Kadir sebagai Setiausaha Agung BN yang baharu.
“Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional juga telah sebulat suara bersetuju melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Barisan Nasional Negeri Perlis yang baharu.”

Ujarnya, pada mesyuarat terbabit turut dibentangkan Laporan Tahunan dan Laporan Kewangan BN bagi tahun berakhir 31 Disember, 2020. – UMNO Online

Download (PDF, 475KB)