Uncategorized

Bomba Perak siap siaga

Sedia hantar pasukan ke negeri lain untuk membantu

IPOH, 21 Sept  — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak sedia menghantar anggotanya yang berkebolehan ke negeri lain termasuk di Pantai Timur bagi bantuan menghadapi musim tengkujuh sekiranya berlaku banjir yang teruk.

Pengarahnya Azmi Osman berkata seramai 30 hingga 40 anggota bomba yang mempunyai kemahiran, pengetahuan dan keberanian telah ditetapkan oleh pihaknya dalam pembentukan pasukan bantuan itu bagi dihantar ke negeri lain.

“Kita bukan sahaja memfokuskan kepada fenomena banjir negeri Perak tetapi juga perlu memberikan bantuan kepada negeri-negeri lain sekiranya dipohon,” katanya pada sidang media kesiapsiagaan Bomba Perak menghadapi musim hujan di Ibu Pejabat JBPM Perak di sini hari ini.

Menurutnya 2,629 anggota JBPM di seluruh negeri Perak bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan untuk dikerahkan bagi tujuan memantau dan menyelamat di kawasan berisiko, yang terdiri daripada 1,140 orang pasukan sepenuh masa, 170 pasukan bomba bantuan, dan 1,319 sukarela.

Azmi berkata pihaknya juga telah melakukan penyelengaraan aset dan peralatan, melibatkan 61 bot yang telah berada di Perak di samping kenderaan lain iaitu 14 unit lori dan 151 kenderaan utiliti bagi operasi membantu mangsa banjir di seluruh Perak.

Monsun timur laut dilaporkan hampir tiba khususnya membabitkan negeri pantai timur seperti Pahang, Kelantan, Terengganu dan Johor yang biasanya terdedah kepada banjir.

Source link

Facebook Comments Box

Artikel Berkaitan

Back to top button