info@rakyat.my
Sunday, June 20, 2021
Berita

Brunei Laksana Caj Perkhidmatan Dan Pas Perjalanan Kerap

Gambar ihsan Britannica
96views

KUCHING, 7 Okt — Bermula 1 Okt lepas, kerajaan Brunei telah menguatkuasakan pelaksanaan Caj Perkhidmatan (CaP) dan Pas Perjalanan Kerap (FCP) kepada individu yang ingin merentas sempadan daratnya.

Menurut Konsulat Negara Brunei Darussalam di Sarawak dalam satu kenyataan hari ini berkata setiap individu dibenarkan melintasi pos sempadan darat Sarawak-Brunei dengan kadar bayaran B$3 (kira-kira RM9.16).

Selain itu, Pas Perjalanan Kerap (FCP) juga boleh dipohon secara dalam talian bagi warganegara Brunei, Malaysia dan warganegara asing yang melakukan perjalanan kerap sekurang-kurangnya 15 kali sebulan untuk tujuan pekerjaan dan/atau persekolahan melalui portal Jabatan Perdana Menteri Brunei Darussalam (www.pmo.gov.bn/travelportal).

FCP bagi kategori pekerja boleh diperolehi dengan kadar bayaran B$50 (kira-kira RM152.70) seorang untuk tempoh sah satu bulan, B$150 (kira-kira RM458.07) untuk tempoh sah tiga bulan dan B$300 (kira-kira RM916.23) untuk tempoh sah enam bulan.

Pengecualian CaP boleh didapatkan dengan membuat permohonan melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei dan pengecualian diberikan kepada kenderaan yang dimiliki kerajaan Malaysia atau kerajaan negeri Sarawak untuk kegunaan rasmi seperti kereta bomba, ambulans dan polis, kenderaan membawa jenazah dan kanak-kanak berumur dua tahun ke bawah.

Leave a Response