info@rakyat.my
Thursday, June 17, 2021
Berita

Buat Video Berkenaan Vaksin, Dr. Roland Beri Keterangan Di Balai Polis

96views

SEPANG, 18 Feb — Seorang doktor perubatan awam, Dr Roland Victor hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang di sini, hari ini dipercayai bagi memberi keterangan berhubung video yang tular di media sosial berkenaan vaksin COVID-19.

Dr Roland dilihat tiba di IPD Sepang pada jam 2.15 petang tadi ditemani peguamnya. Beliau yang menemui pemberita, berkata polis menghubunginya jam 1 tengah hari semalam untuk hadir ke IPD Sepang bagi memberi keterangan.

Beliau tidak menolak kemungkinan kehadirannya ke IPD Sepang bagi memberi keterangan berhubung satu video pendek berhubung vaksin COVID-19 yang tular awal bulan ini.

“Dalam video berkenaan saya ada memberi beberapa pandangan sebagai doktor perubatan mengenai pengambilan serta keberkesanan vaksin terhadap orang ramai.

“Saya tidak pasti kenapa perlu hadir memberi keterangan di IPD Sepang sedangkan saya tinggal di Kuala Lumpur dan berkemungkinan Kementerian Kesihatan (KKM) ada membuat laporan di balai ini,” katanya.

Video berdurasi 20 minit 10 saat yang tular itu turut memuatkan perkongsian Roland berkenaan pandangannya terhadap vaksin yang akan diambil oleh petugas barisan hadapan.

Source Link